Khamis, 24 September 2009

Lagu untuk Kita semua

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Rabu, 16 September 2009

SALAM SATU MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua pengunjung Geng Pem The Bez... Sekalung tahniah dan syabas buat semua Pem Junior yang terlibat dalam menjayakan Penutupan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2009... Suatu persembahan yang menarik dan menampakkan semangat patriotik yang tinggi.... Sebenarnya admin ada merakam persembahan Pem Junior dalam bentuk video namun dah banyak kali cuba untuk upload tetati tidak berjaya, maka admin rasa seeloknya letak gambar sahaja lah k... So, Pem Junior, tataplah wajah-wajah anda sendiri... Salam Satu Malaysia...



Isnin, 7 September 2009

Kepada semua warga IPGM KBL

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan serta Salam 1 Malaysia dari kami Geng Pem's The Bez. Tinggal 1 minggu sahaja lagi untuk kami berada di IPGMKBL ini, kemudian cuti raya. Ramai antara kami dah x sabar nak balik... Terutamanya junior pem... Hehe... Biasa la tu.. Budak baru... Lama-lama nanti, dapatla biasakan diri tinggal berjauhan dengan keluarga...


Di kesempatan ini, dalam kesibukan menyiapkan tugasan, masa yang lapang sedikit ini kami penuhi dengan dedikasi kami buat semua warga pendidik di IPGM KBL yang bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri, kami Geng Pem's The Bez mengucapkan Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin...


Buat rakan-rakan guru pelatih pula, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga... Kami susun 10 jari yang belum berinai (takde makna nyer) ini memohon ampun dan maaf seandainya kami pernah menyakitkan hati, terlajur kata, terkasar perbuatan terhadap kalian... Sesungguhnya, yang buruk itu adalah atas kecuaian dan kekurangan kami, dan yang baik itu datangnya dari Tuhan... Kami geng pem ni insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan...Buat teman-teman seperjuangan geng pem, admin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pem junior dan pem senior diatas kerjasama padu dan erat dalam melakukan serta mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti... Kepada junior pem yang berasal dari Sabah dan Semenanjung, admin nak hadiahkan Kek Lapis Sarawak sebagai buah tangan untuk dibawa balik... hehe akan tetapi sekadar gambar jer la... hehehe... Kalau nak yang real boleh g beli k... haha... Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin... (admin teringat kenangan membuat kad raya gergasi buat En ZAM... huhu...)




::Kad Ucapan Raya Percuma