Khamis, 24 September 2009

Lagu untuk Kita semua

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Rabu, 16 September 2009

SALAM SATU MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua pengunjung Geng Pem The Bez... Sekalung tahniah dan syabas buat semua Pem Junior yang terlibat dalam menjayakan Penutupan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2009... Suatu persembahan yang menarik dan menampakkan semangat patriotik yang tinggi.... Sebenarnya admin ada merakam persembahan Pem Junior dalam bentuk video namun dah banyak kali cuba untuk upload tetati tidak berjaya, maka admin rasa seeloknya letak gambar sahaja lah k... So, Pem Junior, tataplah wajah-wajah anda sendiri... Salam Satu Malaysia...



Isnin, 7 September 2009

Kepada semua warga IPGM KBL

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan serta Salam 1 Malaysia dari kami Geng Pem's The Bez. Tinggal 1 minggu sahaja lagi untuk kami berada di IPGMKBL ini, kemudian cuti raya. Ramai antara kami dah x sabar nak balik... Terutamanya junior pem... Hehe... Biasa la tu.. Budak baru... Lama-lama nanti, dapatla biasakan diri tinggal berjauhan dengan keluarga...


Di kesempatan ini, dalam kesibukan menyiapkan tugasan, masa yang lapang sedikit ini kami penuhi dengan dedikasi kami buat semua warga pendidik di IPGM KBL yang bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri, kami Geng Pem's The Bez mengucapkan Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin...


Buat rakan-rakan guru pelatih pula, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga... Kami susun 10 jari yang belum berinai (takde makna nyer) ini memohon ampun dan maaf seandainya kami pernah menyakitkan hati, terlajur kata, terkasar perbuatan terhadap kalian... Sesungguhnya, yang buruk itu adalah atas kecuaian dan kekurangan kami, dan yang baik itu datangnya dari Tuhan... Kami geng pem ni insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan...Buat teman-teman seperjuangan geng pem, admin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pem junior dan pem senior diatas kerjasama padu dan erat dalam melakukan serta mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti... Kepada junior pem yang berasal dari Sabah dan Semenanjung, admin nak hadiahkan Kek Lapis Sarawak sebagai buah tangan untuk dibawa balik... hehe akan tetapi sekadar gambar jer la... hehehe... Kalau nak yang real boleh g beli k... haha... Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin... (admin teringat kenangan membuat kad raya gergasi buat En ZAM... huhu...)




::Kad Ucapan Raya Percuma

Sabtu, 29 Ogos 2009

Istimewa Buat Nur Sharmimi Bakar (Senior Pem)


Geng Pem's The Bez ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI, HAPPY BIRTHDAY kepada Saudari Nur Sharmimi Bakar.... 30 Ogos .... Semoga Dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...

Isnin, 24 Ogos 2009

Istimewa Buat Nornissa Merjuki (Junior Pem)

Geng Pem's The Bez ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI, HAPPY BIRTHDAY kepada Saudari Nornissa Merjuki.... 24 Ogos .... Semoga Dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...

Istimewa Buat Bakhtiar Rashidi (Senior Pem)

Geng Pem's The Bez ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI, HAPPY BIRTHDAY kepada Saudara Bakhtiar Rashidi.... 24 Ogos .... Semoga Dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat senior dan junior pem, kepada pem muslim, Salam Ramdhan dan selamat berpuasa dan kepada semua pem, selamat bercuti dan senantiasalah menjaga kesihatan diri kita k..

Isnin, 17 Ogos 2009

Welcome Second Intake Junior Pem...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Admin mewakili Para Seniors sekalian mengucapkan Selamat Datang, Ahlan Wasahlan, Welcome dan Slamat Datai kepada 3 orang Junior Baru Second Intake iaitu FATIN NABILAH BT MOHD YASIM, INTAN SYUHADA BINTI RAZLI dan MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDULL AZIS... Welcome to IPGM KBL...

Istimewa Buat Bee Aini (Senior Pem)


Geng Pem's The Bez ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI, HAPPY BIRTHDAY kepada Saudari Bee Aini.... 17 Ogos .... Semoga Dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...

Sabtu, 1 Ogos 2009


barisan tarik tali wanita(tidak termasuh Bee..hehehe)

Tarik Tali Lelaki....
macam artis kawen..ramai orang mengerumuni..hehehe
well done!!
Acara Mak Andam N Pak Andam terlampau...
tengok pengatin,huhuhu

..Rentetan Peristiwa Mesra Kuarantin....


wajah2 yang bersiap sedia untuk menyertai akticiti mesra kuarantin

Mesra Kuarantin

Hari ini dalam sejarah...
Program Mesra Kuarantin diadakan dengan jayanya.
Best sangat. Semau budak2 Pemulihan memberikan kerjasama dengan baik. Tahniah kepada semua yang terlibat. Budak2 Pem d kombined dengan bdk2 Pra. so Far semua berjalan dengan baik. semua sporting..
Lepas ni kita akan tengok gambaran sebenarnya pulak..

Khamis, 30 Julai 2009

Jamuan Ulang Tahun ke-2 dan Sesi Suai Kenal Junior-Senior Pem 2009

Assalamualaikum dan Salam Pertemuan… Kali ni kitorang nak kongsikan plak foto-foto semasa jamuan dijalankan… Tanyak gambar sebenarnya tapi kitorang tunjukkan sikit jer k… Tak payah ler banyak sangat… Jadi, jom tengok gambar kat bawah tue…

Makan-Makan...

Inilah junior yang melengkapkan Konsep 1 Malaysia... Yg perempuan tu bumiputera...

Sabar menunggu jamuan bermula...

Ni Junior perempuan...

Ni plak junior lelaki

Yang ni senior pem...


Ni Pensyarah Pemulihan.. memotong Kek sebagai tanda meraikan ulang tahun kami...

Ni la suasana yang kitorang pilih... Suasana santai...

Sesi makan-makan bermula... Hahah...

Kalau korang nak tau jugak… Majlis kitorang bukan sahaja diisi dengan sesi suai kenal tapi juga diisi dengan kata-kata amanat daripada Pensyarah Pemulihan IPGMKBL iaitu Encik Yusop Malie. Kemudian kitorang potong kek dan makan. Dah kenyang baru la kitorang berkenal-kenalan… Heheh…

Kalau korang nak tau lagi… Ada banyak perbezaan antara Batch Junior dan Senior. Tapi kitorang tak lihat perbezaan itu sebagai suatu yang negatif… Kitorang lihat perbezaan itu sebagai keunikan tersendiri… Nak tau tak apa keunikannya?

Kita lihat dulu UNIKnya Junior…

Uniknya Junior dari segi merealisaikan konsep 1 MALAYSIA... Apa tidaknya… Dalam Batch Junior terdiri daripada pelajar Melayu Sarawak, Melayu Semenanjung, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak… Dan uniknya junior kerana asal usul mereka adalah dari seluruh Malaysia… Ada dari Semenanjung, ada dari Sabah dan ada dari Sarawak… Itulah uniknya Junior..

Kita lihat pula Senior…

Senior tak ler unik sangat… Yang uniknya Senior adalah kesemua pelajarnya berasal dari Sarawak… Haha… Itu jer uniknya…

Kalau korang nak tau lebih lanjut… Pada sesi suai kenal tu jugak… Kitorang adakan pemilihan Abang dan Kakak angkat… Jadi kalau adik-adik junior ada masalah, bolehlah merujuk kepada Abang dan Kakak angkat masing-masing… Lepas habis jer pemilihan Abang dan Kakak angkat, kitorang mendengar sedikit kata-kata nasihat daripada pensyarah Pemulihan… Then kitorang balik or bersurai sebab lepas tu ada kelas lagi sebenarnya.. Heheh… Ok la.. Itu jer yang kitorang dapat kongsikan buat semua… Lain Aktiviti kitorang update lagi… k.. Adios… Salam…

Isnin, 27 Julai 2009

Mari Mengenal Senior Pem...

Atas permintaan para junior yang masih tidak dapat mengenali para senior dalam pertemuan yang lepas, maka di sini disediakan sesi mari mengenal senior.... Okay... Tengok betul-betul.... Adios...


Selasa, 21 Julai 2009

Jemputan Ke Jamuan Ulangtahun dan Sesi Suai Kenal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada senior-senior dan junior-junior Pemulihan BM/ MT/ BI sekalian, saudara-saudari dijemput menghadiri Jamuan Ulangtahun Ke-2 PISMP Pemulihan Semester 2 IPGMKBL dan Sesi Suai Kenal Junior-Senior Pemulihan BM/ MT/ BI pada butiran berikut:

Tarikh: 23 Julai 2009
Hari: Khamis
Masa: 130-230 petang
Tempat: Bilik Umum IPGMKBL
Kepada senior dan junior sekalian, sila hadir jam 120 petang. Kerjasama anda amat dihargai... Sila pakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
TQ! Adios! Wasalam...

Kesinambungan Aktiviti Geng Pem's D Bez pada 21 Julai 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Berikut adalah gambar-gambar pada hari kedua kami Geng Pem's D bez ketika menyertai Bengkel Pendidikan Khas anjuran University Of South Florida..
Ceramah Sedang Dijlalankan... Semppat ambik gambar nih...

Bersama 4 orang fasilitator University Of South Florida... termasuk anak penceramah..

Ini gambar bersama Ketua Fasilitator (Ditengah-tengah belakang tudung kuning)

Ini gambar cik kak sedang dengar jawapan lisan daripada penceramah...

Isnin, 20 Julai 2009

Petikan Luahan Hati Junior Pemulihan Julai 2009….

“Masa yang berlalu mustahil untuk diulang kembali. Aku juga merasa sangat gembira berada di sini, aku dapat bergaul dengan rakan senegara dari Sabah dan Sarawak.”- Amalina Binti Mohd Nawawi

“Saya menyedari kesilapan saya telah menyusahkan orang lain. Saya berazam untuk menjadi lebih teliti di masa hadapan agar kesilapan saya tak menyusahkan orang lain”- Amir Asraf Bin Abu

“Saya berharap kawan saya dapat berkerjasama dengan saya dan berada dalam keadaan sihat sejahtera selama 5 ½ tahun ini serta mendapat maaf daripada abang-abang dan kakak-kakak senior serta kawan-kawan saya jika menyinggung perasaan sesiapa dan cuba mengubah sikap saya yang buruk ini”- Clement Wong

“Semua maklumat yang disampaikan amtlah berguna bagi saya. Saya juga dapat mendisiplinkan lagi diri saya sempena minggu pengurusan ini kerana fasilitator-fasilitatornya yang sangat tegas”- Izuwan Nasri bin Che Ibrahim

“Saya berasa begitu bertuah kerana dapat memasuki IPGMKBL. Sesi orientasi yang dijalankan telah memberikan saya semangat yang baru serta pengalaman yang baru yang dapat saya gunakan sepanjang tempoh 5 ½ tahun saya di institut ini”- Jacobraj A/L Subramaniam@Solomon

“Saya juga berharap saya dapat lebih mengenali pensyarah, senior dan rakan-rakan saya. Tidak lupa juga saya berharap dapat keputusan yang cemerlang dari segi akademik dan aktif dalam sukan dan permainan.”- Kattrychia Sipawa

“Apabila minggu pengurusan berakhir saya berasa amat lega kerana rasmi menjadi guru pelatih. Saya berazam untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari semua aspek termasuklah akademik, sukan dan rohaniah. InsyaAllah”- Mohd Sharif Bin Taip

“Budaya IPBL, budaya bertegur sapa. Bagi saya inilah uniknya IPBL dan saya bersyukur kerana dapat berada di sini…Bagi saya senior-senior di sini baik dan mudah berkawan”- Muhammad Faisal B Muhamad Fauzi

“Perjumpaan dengan abang-abang dan kakak-kakak senior amat-amatlah saya tunggu kerana saya ingin menanyakan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak senior selama belajar di sini. Saya amat berharap abang dan kakak senior dapat membantu saya dalam menjalankan tanggungjawab saya selama berada di sini.”- Muhamad Syafiq Bin Ahmad Kasman

“Rasa hiba di dada apabila melihat klip video yang memaparkan ibubapa datang bersama-sama anak untuk pendaftaran dan dihantar ke kolej kediaman.”- Nora Hafizah Bt Suhaili

“Saya merasa begitu teruja untuk meneruskan kehidupan selama 5 tahun di IPGMKBL. Diharapkan kakak-kakak dan abang-abang senior dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kami berada di sini”- Nor Azeera Bt Azman

“Saya dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat, silaturrahim di antara kami menjadi semakin erat. Aktiviti-aktiviti yang dirangka sepanjang slot LDK amat menyeronokkan dan tidak membosankan. Saya dan rakan-rakan yang lain berasa sungguh terhibur.”- Nur Farahiyah Bt Mat Ghani

“Tanpa mengenali sesiapapun kecuali kedua orang tuaku, aku mmeberanikan diri untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru tanpa mengira bangsa dan juga usia.”- Norizatul Aini Abdullah

“Saya berharap dapat menyesuaikan diri sepanjang lima tahun setengah di IPGMKBL dan berpegang teguh untuk mencapai visi dan misi IPGMKBL iaitu institute pendidika guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi kebangsaan”- Nornissa Binti Merjuki

“MPPB banyak memberikan kami panduan dan pengetahuan terhadap kehidupan dan budaya di IPGMKBL. Kami harus mengamalkan budaya tersebut bagi menghadap kehidupan di sini selama lima tahun setengah dengan penuh bersemangat dan bermakna.”- Nurul Afiqah Binti Zainudin

“Perkara yang paling mengembirakan ketika berada di sini sememangnya adalah dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan baru dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Malah aku juga dapat berkenalan dengan kakak-kakak dan abang-abang yang lebih tua dari kami”- Siti Mirani Bt Che Rahim

“Melalui taklimat-taklimat yang disampaikan kami dapat banyak maklumat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian di Kampus Batu Lintang.”- Siti Norsaedah Binti Che Mansor

“Setiap insan di muka bumi ini senantiasa mendapat ujian dan cabaran daripada Tuhan Yang Maha Kuasa. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menangani masalah-masalah yang ada dengan ketabahan, keberanian, tanggungjawab, kreativiti dan sebagainya.”- Subang Anak Steven

“MPPB telah membantu saya menjadi lebih cekal dan tabah dalam menyempurnakan semua tugasan dan amanah yang diberi. Saya berharap dengan adanya pengalaman yang sangat berharga ini, saya dapat menjadi lebih matang dalam profesion keguruan saya di masa akan datang.”- Tang Chu Ching