Isnin, 19 Julai 2010

Selamat Hari Jadi!!!

SELAMAT ULANG TAHUN GENG PEM'S SENIOR KE-3
16 JULAI 2010
JUMAAT
Tanggal 16 Julai 2007, seramai 19 orang anak muda telah terpilih untuk menyertai Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSM) bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Kuching Sarawak. Anak-anak muda yang datang dari serata negeri Sarawak ini terdiri dari pelbagai kaum dan uniknya mereka adalah hanya memiliki 3 orang putera dan selebihnya iaitu 16 puteri yang bakal bergelar pendidik pada tahun 2013. InsyaAllah, semoga dimakbulkan Allah S.W.T..

Bagi menyambut ulang tahun ke-3 mereka di IPG KBL, Matang Family Park Kuching telah dipilih sebagai lokasi sambutan. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah seperti BBQ, permainan "Sayang Belon", Tiup tepung, Passing Getah dan Senaman.. Kemudian sesi bertukar hadiah dilangsungkan..

Di kesempatan yang ada juga Geng Pem's Senior juga ingin merakamkan ucapan Selamat Hari JAdi buat tutor kami Encik Manogaran yang menyambut hari lahirnya pada 10 Julai yang lalu dan buat Geng Pem Senior Dyg Marzuin binti Awang Ismail yang menyambut hari jadinya pada 17 Julai lepas sehari selepas ulang tahun Geng Pem Senior... Selamat Ulang Tahun Semuanya..

SALAM 1 MALAYSIA!!!

Khamis, 6 Mei 2010

To All Geng Pems, 4 Things For You!!!

KEPADA SEMUA GURU-GURU PELATIH
PISMP PEMULIHAN AMBILAN JANUARI 2009

DAN
PPISMP PEMULIHAN AMBILAN JULAI 2009












SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA MALAYSIA













SELAMAT HARI IBU
IBU PERMATA HATIKU

















SELAMAT MENEMPUHI
PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 3 (PISMP)
DAN SEMESTER 2 (PPISMP)















SELAMAT HARI GURU MALAYSIA
KALI KE-39
"JASAMU DIKENANG SELALU"




Isnin, 26 April 2010

..PenGhaRgaaN Khas..















Kenangan Bersama Piala yang diMenangi...Tahniah...
Syariff (kiri), Jacob (tengah), Ain (Kanan)















Semasa Persembahan...














Antara Geng Pems yang sempat disambar wajah mereka oleh Lens Camera







Tidak dilupakan, belakang Tabir (kecuali Cda n Mina- ambik kehadiran..hehehe)
GOOOOOOOOOoooooooooOOOOOOOOooooD JOb Bebbbehhhhhh!!!!
Salam...selaku Yang SenioR..maka saya mengambil KesemPatan mewakili semUa Geng Pems ingin mengucapkan Tahniah kepada Geng Pems JuNior yaNg berjaya mendapat TempaT ke-2 daLam perTandingan melaGukan pUisi yang lalu..Meski malam 1001 ciNta itu teLah berlaLu namun, rasanya masih belum terlaMbat untuk Pems Berbuat demikian... dan semestinya lagu " DOA SEORANG KEKASIH" akan menjadi siulan semua kerana SenTuhan alunan sUara oleh aHli2nya.. TahnIah dAn Syabas diuCapkan.. Untuk Seniornya pulak, teruslah menJadi krew diSebalik Tabir..Memang tak Glem..but your Effort tak boleh disangkal..
Teruskan Usaha..








Ahad, 11 April 2010

Kenangan Terindah PISMP Pemulihan Januari 2009

....INILAH KAMI....

OPEN HOUSE DI RUMAH TUTOR... only gurls in pic.. hehe

BERSAMA TUTOR SEMESTER 1 PPISMP

PIC SEMASA SEMESTER PERTAMA IJAZAH

ANNUAL DINNER 2008

ANNUAL DINNER 2007 (tarikh dalam pic tu salah..)

Sabtu, 10 April 2010

Apa Itu Disleksia..

Apa itu Disleksia?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal
Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran
Membaca
Menulis
Memahami
Mengeja
Mengira

Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?
Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Sukar menulis nama sendiri
Payah mengenal bentuk atau warna
Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya


Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
15 dengan 51
“was” menjadi “saw”
‘b’ dengan ‘d’‘
Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya
Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
Gangguan emosi (seperti kemurungan)
Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak

Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
Terapi pertuturan
Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
Merasa pergerakan bibir
Menulis huruf atau perkataan


Langkah-langkah pemulihan :
Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
Gunakan video atau kaset untuk belajar


Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia


Kumpulan sokongan
Persatuan Dyslexia Malaysia
No 6, Persiaran Kuantan
Setapak
53200 Kuala Lumpur
Telefon / Fax : 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my

Prospect Rainbow Center
1D Jalan Pantai Molek,
Penang.
Tel: 04 - 8900870

Khamis, 28 Januari 2010

Jamuan Hari Jadi Geng Pems Jan 2009

Hari ini 28 Januari 2010, Khamis
bertempat di Bilik Kuliah D03,
Geng Pems Jan '09
telah mengadakan jamuan sebagai mengisi masa tutorial...
Matlamatnya adalah untuk mengaplikasikan teknik menarik minat murid dan
merapatkan hubungan antara guru dan murid
serta mendekatkan diri guru dengan murid agar murid merasa dihargai..
Maka, bagi mengaplikasikan teknik tersebut,
para tutor bersetuju untuk melaksanakan jamuan tersebut.

4 Geng Pem yang diraikan...

Inilah Geng Pem Januari 2009 IPG KBL

Sabtu, 16 Januari 2010

fonetik dan fonologi

DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “.

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.

DEFINISI FONETIK

Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

Rabu, 6 Januari 2010

SELAMAT ULANG TAHUN....

kek untuk Geng Lelaki...


DIKESEMPATAN INI, ADMIN DAN SELURUH WARGA GENG PEM...

INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI JADI... SELAMAT ULANG TAHUN... HAPPY BIRTHDAY....

KEPADA LIMA ORANG AHLI GENG PEM YANG MERAIKAN ULANG TAHUN MEREKA PADA BULAN JANUARI 2010...
Kek untuk Geng Perempuan...

Salam Tahun Baru 2010

Salam Satu Malaysia....

Salam Tahun 2010

Salam Semester Baru buat semua warga IPG am nya dan warga Geng Pem khasnya...

Mohon maaf kepada pengunjung kerana blog tidak dapat dikemaskini sepanjang cuti...

Ini adalah kerana masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan...

Anyway... Kepada Geng Pem, Apa AZAM 2010 anda??

Diharapkan tahun 2010 ini adalah tahun yang lebih memberikan semangat buat anda....

Untuk terus melangkah... melangkah... dan melangkah.... sehingga menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan... X gitu??

Dan kepada Ketua Geng Pem Senior dan Junior, selamat menjalankan tugas...

Oh ya... Untuk Geng Pem juga, mulai Bulan depan, jadual geng pem akan bermula OK??

Last but not least... Selamat Menempuhi Semester Baru... Semester yang semakin mencabar...

Akhir Kata... (Td dah last, tp masih gak ada entry..) TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas... Yang lemah dibaiki, yang kuat terus berusaha untuk lebih kuat k...

SAlam Mesra... DAri Geng Pem Batu Lintang...

Selasa, 17 November 2009

Penilaian Formatif & Sumatif

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.


Ciri-ciri:

  • dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
  • dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
  • bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
  • maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
  • Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.



Prosedur Penilaian Formatif


1) Menentukan topik pembelajaran.

Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.

© TopiK berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.

© Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.

© Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.

© Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.

© Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.

© Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.

© Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.

© Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.

© Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

4) Membentuk soalan ujian.

© Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan

© setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

5) Mencadangkan langkah susulan.

© Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.

© tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.

© Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.



Tujuan Penilaian Formatif:

© memperbaiki pengajaran pembelajaran.

© meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

© memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.

© menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.

© memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.

© guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

© mengubah suai pengajaran seseorang guru.

© guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.

© memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

© menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.



PENILAIAN SUMATIF


Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum


Ciri- ciri:

© lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran

© untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:

© Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

© Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

© Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.

© Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.

© Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

© Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.

© Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan:

© membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.

© memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.

© mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.

© dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.

© memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.