...BETAPA KAMI MERASAKAN JASA GURU ITU TERLALU BESAR UNTUK DILUPAKAN, TANPA MEREKA KAMI BUKANLAH SIAPA2. BLOG INI ADALAH GAMBARAN HIDUP KAMI SEBAGAI BAKAL GURU, PERKONGSIAN ILMU KAMI KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT... ...KAMI ADALAH GENG PEM IPG KBL...
Rabu, 22 Jun 2011
.. Welcome ..
Sabtu, 19 Februari 2011
Budaya dan Iklim Sekolah
Pengenalan
Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan
Budaya Sekolah
Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This
inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."
Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality."
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media
Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman. Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya hormat-menghormati, Budaya berani menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya Budaya Membaca dimana, Projek Nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek Nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.
Iklim Sekolah
Iklim Sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya.
Mengikut Moss(1979), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu kumpulan di mana tingkah lakunya banyak bergantung kepada bentuk protokol yang diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru.
Iklim Sekolah sangant mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya melalui pengenalan konsep kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina hubungan yang baik dengan orang lain. Pengaruh sekolah memainkan peranan utama selepas keluarga dalam pembentukan personality pelajar.
Ringkasnya iklim sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur, terkawal, tenang, dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan seumpamanya.
Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut. Berikut merupakan situasi-situasi yang menunjukkan terbentuknya budaya dan iklim sekolah. Antaranya ;
Perhubungan Interpersonal
Berdasarkan instrumen profil iklim sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.
Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka.
Kepimpinan Pentadbiran
Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..
Kemudahan Fizikal
Pelajar dan guru disekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
Pencapaian Pelajar
Pencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran. Pelajar digalakkan bertanggung jawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka. Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan.
Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu, sekolah perlu beri keyakinan kepada murid bahawa mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.
Disiplin Sekolah
Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.
Untuk membentuk budaya sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.
Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sndiri. Kadang kala masalah disiplin yang di alami disekolah inmi disusuli pula dengan prestasi pencapaian pelajar yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan
Pembentukan budaya dan iklim sekolah
Budaya dan iklim sekolah boleh dibentuk dengan cara;
Menghargai permuafakatan
Semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi. Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang lain. Dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu-membantu sesama staf.
Mengamalkan nilai kesejawatanan
Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau "collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya dengan staf dan kakitangan lain di sekolah
Guru-guru berkeyakinan tinggi
Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.
Ada komitmen yang tinggi
Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah-laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang-orang yang berkomitmen yang tinggi juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.
Budaya sekolah ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. Budaya sekolah mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warga sekolah. Terdapat aspek-aspek budaya sekolah yang diwarisi dan ada juga yang dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri dengan tujuan supaya budaya sekolah yang positif dapat dibentuk. Sebenarnya, pembentukan budaya sekolah yang positif juga boleh dilakukan dengan pelbagai jenis aktiviti-aktiviti contohnya ;
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
Gotong-royong Perdana telah diadakan pada 14 Februari 2009 hari sabtu jam 8.00pagi-12.00 tengahari di sekolah.
KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT
Kursus Kemahiran Maklumat untuk pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6 telah diadakan pada 16-17 Januari 2009. Objektifnya adalah untuk memberi input kepada pelajar berkaitan cara terbaik untuk mencari maklumat di pusat sumber. Dalam kursus ini, pelajar telah diberikan taklimat tentang kaedah pencarian maklumat serta peraturan asas dalam penggunaan Pusat Sumber. Kursus ini telah berjaya membimbing pelajar mencari maklumat secara lebih berfokus dalam Pusat Sumber Sekolah
HARI TERBUKA
Hari Terbuka telah diadakan pada
MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH
Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tahun 1995. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setampat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Bagi tahun 2008, HKS disambut di peringkat sekolah dan melibatkan penyertaan yang menyeluruh di kalangan para pelajar, anggota koperasi, guru-guru, kakitangan sekolah dan masyarakat setempat. Tema HKS tahun lepas ialah "Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan". Beberapa aktiviti bukan pertandingan dijalankan sepanjang perayaan Hari Koperasi (23-27 Jun 2008) iaitu jualan penghabisan stok, penanaman pokok, penyebaran informasi mengenai koperasi dan cabutan bertuah, manakala aktiviti yang dipertandingkan ialah kuiz koperasi dan pertandingan poster.
PERKHEMAHAN PERDANA
Perkhemahan Perdana Pasukan Unit Beruniform telah diadakan pada 25-27 Julai 2008 bertempat di
MAJLIS PELANCARAN Kemerdekaan
Sempena bulan kemerdekaan, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 4 Ogos 2008. Beberapa persembahan pelajar ditunjukkan dalam majlis pelancaran ini.
MINGGU ANTI DADAH KEBANGSAAN
Sempena dengan Minggu Anti Dadah Kebangsaan. Sambutan Hari Anti Dadah telah berlangsung pada hari Sabtu, 5 April 2008 di dewan serbaguna
1. Ceramah kesihatan dan kesedaran dadah
2. Pertandingan Sajak Anti Dadah
3. Pertandingan Mewarna dan Melukis poster Anti Dadah.
Objektif pelaksanaan Minggu Anti Dadah Kebangsaan adalah untuk ;
1. Melahirkan warga pelajar yang menjalani hidup sihat tanpa dadah
2. Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah
dan kesan-kesan yang akan dihadapi akibat penyalahgunaan dadah
3. Mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan agensi seperti Kementerian
Kesihatan
4. Mendedahkan kepada pelajar-pelajar usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi
yang terlibat dalam memerangi dadah
5. Mendedahkan kepada pelajar-pelajar tindakan undang-undang yang boleh diambil
terhadap penyalahgunaan dadah.
PROGRAM NILAM
Pada 17 Mac 2003 telah dilancarkan Program Nilam dengan rasminya oleh En Mohamad Jafar b. Ibrahim, Guru Besar SK. St.James bertempat di dataran perhimpunan sekolah. Matlamat Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.
PROGRAM DISIPLIN SIFAR
1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara rasional dan bijaksana.
4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.
6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.
7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.
BULAN DISIPLIN
Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para pelajar SK St.James.
Rasional pelaksanaannya
Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik di rumah mahupun di sekolah.
Soalan c
· Kemudahan alat tulis diberi kepada guru sebagaimana kerani sekolah dapat. Seorang kerani dibelikan pen, pemadam, komputer dan bilik berhawa dingin. Sedangkan guru yang sering menanda buku pelajar tidak diberi bantuan pen merah. Bilik guru tidak ada komputer, tidak ada kerusi empuk dan tidak ada alat hawa dingin.
· Bantuan kewangan untuk membuat alat bantu mengajar. Seringkali guru menggunakan wang sendiri untuk membuat alat bantu mengajar.
· Bilik atau meja yang selesa untuk guru. Di sekolah, guru hanya diberikan kerusi seperti kerusi murid . Sedangkan kerani sekolah dibelikan kerusi empuk.
· Lengkapkan sekolah dengan pelbagai jenis alat bantu mengajar seperti Overhead Projektor, LCD Projektor, Video Kamera, kaset, VCD, Televisyen dan sebagainya.
· Keadaan bilik kelas yang sempurna juga haruslah diambil kira seperti menggantikan lampu yang telah rosak, memperbaiki kipas syiling yang rosak, menggantikan cermin tingkap yang rosak, memperbaiki atap kelas yang bocor dan sebagainya.
KESIMPULAN
Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan diperingkat sekolah disebabkan
Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah, reformasi atau program pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan dalaman sekolah. Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah, penglibatan setiap masyarakat sekolah amat penting, sungguhpun tugas utama guru berkaitan dengan pengajaran dan pelaksanaan kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah perlu dihayati dan ditangani bersama demi membentuk sekolah berkesan.
Menjadi seorang pemimpin di peringkat sekolah, sama ada sebagai Guru Besar, Penolong Kanan atau pun Guru Kanan Mata Pelajaran, tidak semudah yang disangka. Sifat-sifat terpuji diri peribadi berserta beberapa ciri kepemimpinan perlulah ada dan dikuasai pada tahap yang cemerlang dan tinggi supaya matlamat, misi dan visi sekolah, masyarakat dan negara dapat dicapai. Merealisasikan sebuah sekolah yang berkesan dan berwatak, dengan iklim yang positif dan budaya yang tersohor tidak mungkin dicapai dengan berangan-angan sahaja. Semua warga sekolah mestilah memahami konsep berhubung keberkesanan dan kecemerlangan in secara menyeluruh di samping menumpahkan segala komitmen dengan semangat kesejawatanan yang tinggi dalam menggarap dan mewujudkan sekolah berkesan dan berwatak.
RUJUKaN
Abd. Shukor Abdulah, (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah – Isu Strategi Dalam Jurnal Kementerian Pendidikan
Al Ramaiah, (1995). Penyeliaan ; Satu Beban & Kemudahan.
Al Ramaiah, (1999). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd.
Barkley, William M.; et. al. (1985) bertajuk " The Impact of Practicum Supervision with vs. without Audio Tapes" , ERIC_NO: ED264478
Benjamin, R. (1981).
Ellet, C.D., & Walberg, H.J. (1979). Principal's Competency, Enviroment, and Outcomes in H.J. Walberg (Ed), Educational Enviroment and Effects.
Fullan, M. (1982). The Meaning of Educational Change.
Ginsberg, R. (1988). Worhty Goal... Unlikely Reality : The Principal as Instructional Leader. NASSP Bulletin, Vol. 72 (507).p. 76-82.
Glickman, Carl D. (1989). Supervision Of Instruction; A Developmental Approach.
Hoy, W.K. & Forsyth. P.H. (1986). Effective Supervision.
Hussain Mahmood, (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.
Ibrahim Mamat, (1993). Kepimpinan Sekolah.
Bagaimana menjadi guru yang baik (profesional)?
Pertama. Berusahalah tampil di muka kelas dengan prima. Kuasai betul materi pelajaran yang akan diberikan kepada siswa. Jika perlu, ketika berbicara di muka kelasa tidak membuka catatan atau buku pegangan sama sekali. Berbicaralah yang jelas dan lancar sehingga terkesan di hati siswa bahwa kita benar-benar tahu segala permasalahan dari materi yang disampaikan.
Keempat. Kendalikan emosi. Jangan mudah marah di kelas dan jangan mudah tersinggung karena perilaku siswa. Ingat siswa yang kita ajar adalah remaja yang masih sangat labil emasinya. Siswa yang kita ajar berasal dari daerah dan budaya yang mungkin berbeda satu dengan yang lainnya dan berbeda dengan kebiasaan kita, apalagi mungkin pendidikan di rumah dari orang tuanya memang kurang sesuai dengan tata cara dan kebiasaan kita. Marah di kelas akan membuat suasana menjadi tidak enak, siswa menjadi tegang. Hal ini akan berpengaruh pada daya nalar siswa untuk menerima materi pelajaran yang kita berikan.
Kelima. Berusaha menjawab setiap pertanyaan yang diajukan siswa. Jangan memarahi siswa yang yang terlalu sering bertanya. Berusaha menjawab setiap pertanyaan yang diajukan siswa dengan baik. Jika suatu saat ada pertanyaan dari siswa yang tidak siap dijawab, berlakulah jujur. Berjanjilah untuk dapat menjawabnya dengan benar pada kesempatan lain sementara kita berusaha mencari jawaban tersebut. Janganlah merasa malu karena hal ini. Ingat sebagai manusia kita mempunyai keterbatasan. Tapi usahakan hal seperti ini jangan terlalu sering terjadi. Untuk menghindari kejadian seperti ini, berusahalah untuk banyak membaca dan belajar lagi. Jangan bosan belajar. Janganlah menutupi kelemahan kita dengan cara marah-marah bila ada anak yang bertanya sehingga menjadikan anak tidak berani bertanya lagi. Jika siswa sudah tidak beranibertanya, jangan harap pendidikan/pengajaran kita akan berhasil.
Keenam. Memiliki rasa malu dan rasa takut. Untuk menjadi guru yang baik, maka seorang guru harus memiliki sifat ini. Dalam hal ini yang dimaksud rasa malu adalah malu untuk melakukan perbuatan salah, sementara rasa takut adalah takut dari akibat perbuatan salah yang kita lakukan. Dengan memiliki kedua sifat ini maka setiap perbuatan yang akan kita lakukan akan lebih mudah kita kendalikan dan dipertimbangkan kembali apakah akan terus dilakukan atau tidak.
Ketujuh. Harus dapat menerima hidup ini sebagai mana adanya. Di negeri ini banyak semboyan-semboyan mengagungkan profesi guru tapi kenyataannya negeri ini belum mampu/mau menyejahterakan kehidupan guru. Kita harus bisa menerima kenyataan ini, jangan membandingkan penghasilan dari jerih payah kita dengan penghasilan orang lain/pegawai dari instansi lain. Berusaha untuk hidup sederhana dan jika masih belum mencukupi berusaha mencari sambilan lain yang halal, yang tidak merigikan orang lain dan tidak merugikan diri sendiri. Jangan pusingkan gunjingan orang lain, ingatlah pepatah “anjing menggonggong bajaj berlalu.”
Kedelapan. Tidak sombong.Tidak menyombongkan diri di hadapan murid/jangan membanggakan diri sendiri, baik ketika sedang mengajar ataupun berada di lingkungan lain. Jangan mencemoohkan siswa yang tidak pandai di kelas dan jangan mempermalukan siswa (yang salah sekalipun) di muka orang banyak. Namun pangillah siswa yang bersalah dan bicaralah dengan baik-baik, tidak berbicara dan berlaku kasar pada siswa.
Kesembilan. Berlakulah adil. Berusahalah berlaku adil dalam memberi penilaian kepada siswa. Jangan membeda-bedakan siswa yang pandai/mampu dan siswa yang kurang pandai/kurang mampu Serta tidak memuji secara berlebihan terhadap siswa yang pandai di hadapan siswa yang kurang pandai.
kriteria guru menurut Imam Al Ghazali
Oleh : Mardias Gufron
Seorang guru adalah seorang pendidik. Pendidik ialah “orang yang memikul tanggung jawab untuk membimbing”.(Ramayulis,1982:42) Pendidik tidak sama dengan pengajar, sebab pengajar itu hanya sekedar menyampaikan materi pelajaran kepada murid. Prestasi yang tertinggi yang dapat dicapai oleh seorang pengajar apabila ia berhasil membuat pelajar memahami dan menguasai materi pengajaran yang diajarkan kepadanya. Tetapi seorang pendidik bukan hanya bertanggung jawab menyampaikan materi pengajaran kepada murid saja tetapi juga membentuk kepribadian seorang anak didik bernilai tinggi. (Ramayulis, 1998:36)
Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, Imam Al-Ghazali menetapkan beberapa kriteria yang harus dipenuhi oleh seorang guru. Tulisan berikut ini merupakan kutipan yang diambil oleh penulis dari buku Abuddin Nata (2000:95-99) ketika menjelaskan kriteria guru yang baik dari kitab Ihyaa Ulumuddin yang merupakan karya monumental Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Sengaja kutipan di bawah ini diberi sedikit komentar untuk lebih memperjelas maksud yang hendak disampaikan.
Al-Ghazali berpendapat bahwa guru yang dapat diserahi tugas mendidik adalah guru yang selain cerdas dan sempurna akalnya, juga guru yang baik akhlaknya dan kuat fisiknya Dengan kesempurnaan akal ia dapat memiliki berbagai ilmu pengetahuan secara mendalam, dan dengan akhlaknya yang baik ia dapat menjadi contoh dan teladan bagi para muridnya, dan dengan kuat fisiknya ia dapat melaksanakan tugas mengajar, mendidik dan mengarahkan anak-anak muridnya.
Selain sifat-sifat umum yang harus dimiliki guru sebagaimana disebutkan di atas, seorang guru juga harus memiliki sifat-sifat khusus atau tugas-tugas tertentu sebagai berikut :
Pertama, Jika praktek mengajar merupakan keahlian dan profesi dari seorang guru, maka sifat terpenting yang harus dimilikinya adalah rasa kasih sayang. Sifat ini dinilai penting karena akan dapat menimbulkan rasa percaya diri dan rasa tenteram pada diri murid terhadap gurunya. Hal ini pada gilirannya dapat menciptakan situasi yang mendorong murid untuk menguasai ilmu yang diajarkan oleh seorang guru.
Kedua, karena mengajarkan ilmu merupakan kewajiban agama bagi setiap orang alim (berilmu), maka seorang guru tidak boleh menuntut upah atas jerih payahnya mengajarnya itu. Seorang guru harus meniru Rasulullah SAW. yang mengajar ilmu hanya karena Allah, sehingga dengan mengajar itu ia dapat bertaqarrub kepada Allah. Demikian pula seorang guru tidak dibenarkan minta dikasihani oleh muridnya, melainkan sebaliknya ia harus berterima kasih kepada muridnya atau memberi imbalan kepada muridnya apabila ia berhasil membina mental dan jiwa. Murid telah memberi peluang kepada guru untuk dekat pada Allah SWT. Namun hal ini bisa terjadi jika antara guru dan murid berada dalam satu tempat, ilmu yang diajarkan terbatas pada ilmu-ilmu yang sederhana, tanpa memerlukan tempat khusus, sarana dan lain sebagainya. Namun jika guru yang mengajar harus datang dari tempat yang jauh, segala sarana yang mendukung pengajaran harus diberi dengan dana yang besar, serta faktor-faktor lainnya harus diupayakan dengan dana yang tidak sedikit, maka akan sulit dilakukan kegiatan pengajaran apabila gurunya tidak diberikan imbalan kesejahteraan yang memadai.
Ketiga, seorang guru yang baik hendaknya berfungsi juga sebagai pengarah dan penyuluh yang jujur dan benar di hadapan murid-muridnya. Ia tidak boleh membiarkan muridnya mempelajari pelajaran yang lebih tinggi sebelum menguasai pelajaran yang sebelumnya. Ia juga tidak boleh membiarkan waktu berlalu tanpa peringatan kepada muridnya bahwa tujuan pengajaran itu adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT,. Dan bukan untuk mengejar pangkat, status dan hal-hal yang bersifat keduniaan. Seorang guru tidak boleh tenggelam dalam persaingan, perselisihan dan pertengkaran dengan sesama guru lainnya.
Keempat, dalam kegiatan mengajar seorang guru hendaknya menggunakan cara yang simpatik, halus dan tidak menggunakan kekerasan, cacian, makian dan sebagainya. Dalam hubungan ini seorang guru hendaknya jangan mengekspose atau menyebarluaskan kesalahan muridnya di depan umum, karena cara itu dapat menyebabkan anak murid yang memiliki jiwa yang keras, menentang, membangkang dan memusuhi gurunya. Dan jika keadaan ini terjadi dapat menimbulkan situasi yang tidak mendukung bagi terlaksananya pengajaran yang baik.
Kelima, seorang guru yang baik juga harus tampil sebagai teladan atau panutan yang baik di hadapan murid-muridnya. Dalam hubungan ini seorang guru harus bersikap toleran dan mau menghargai keahlian orang lain. Seorang guru hendaknya tidak mencela ilmu-ilmu yang bukan keahliannnya atau spesialisasinya. Kebiasaan seorang guru yang mencela guru ilmu fiqih dan guru ilmu fiqih mencela guru hadis dan tafsir, adalah guru yang tidak baik. (Al-Ghazali, t.th:50)
Keenam, seorang guru yang baik juga harus memiliki prinsip mengakui adanya perbedaan potensi yang dimiliki murid secara individual dan memperlakukannya sesuai dengan tingkat perbedaan yang dimiliki muridnya itu. Dalam hubungan ini, Al-Ghazali menasehatkan agar guru membatasi diri dalam mengajar sesuai dengan batas kemampuan pemahaman muridnya, dan ia sepantasnya tidak memberikan pelajaran yang tidak dapat dijangkau oleh akal muridnya, karena hal itu dapat menimbulkan rasa antipati atau merusak akal muridnya. (Al-Ghazali, t.th:51)
Ketujuh, seorang guru yang baik menurut Al-Ghazali adalah guru yang di samping memahami perbedaan tingkat kemampuan dan kecerdasan muridnya, juga memahami bakat, tabiat dan kejiawaannya muridnya sesuai dengan tingkat perbedaan usianya. Kepada murid yang kemampuannya kurang, hendaknya seorang guru jangan mengajarkan hal-hal yang rumit sekalipun guru itu menguasainya. Jika hal ini tidak dilakukan oleh guru, maka dapat menimbulkan rasa kurang senang kepada guru, gelisah dan ragu-ragu.
Kedelapan, seorang guru yang baik adalah guru yang berpegang teguh kepada prinsip yang diucapkannya, serta berupaya untuk merealisasikannya sedemikian rupa. Dalam hubungan ini Al-Ghazali mengingatkan agar seorang guru jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang bertentangan dengan prinsip yang dikemukakannya. Sebaliknya jika hal itu dilakukan akan menyebabkan seorang guru kehilangan wibawanya. Ia akan menjadi sasaran penghinaan dan ejekan yang pada gilirannya akan menyebabkan ia kehilangan kemampuan dalam mengatur murid-muridnya. Ia tidak akan mampu lagi mengarahkan atau memberi petunjuk kepada murid-muridnya.
Dari delapan sifat guru yang baik sebagaimana dikemukakan di atas, tampak bahwa sebagiannya masih ada yang sejalan dengan tuntutan masyarakat modern. Sifat guru yang mengajarkan pelajaran secara sistematik, yaitu tidak mengajarkan bagian berikutnya sebelum bagian terdahulu dikuasai, memahami tingkat perbedaan usia, kejiwaan dan kemampuan intelektual siswa, bersikap simpatik, tidak menggunakan cara-cara kekerasan, serta menjadi pribadi panutan dan teladan adalah sifat-sifat yang tetap sejalan dengan tuntutan masyarakat modern.
Daftar Pustaka
Al-Ghazali, Ihyaa Ulumuddin, Beirut : Daar al-Fikr, Juz I, t. th.
Nata, Abuddin, , Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam: Seri Kajian Filsafat Pendidikan Islam, Jakarta : PT. RajaGrafindo Persada, Cet. I, 2000.
Ramayulis, Didaktik Metodik, Padang : Fakultas Tarbiyah IAIN Imam Bonjol, 1982.
..masalah bahasa dan komunikasi (kanak-kanak disleksia)..
Umum tahu apabila kanak-kanka itu mengalami masalah dalam pembelajarannya. maka secara tidak langsung mereka turut mengalami masalah unutk mengajak orang lain faham apa yang mereka berkehendak. Kali ini Geng Pem akan berkongsi dari aspek kanak-kanak disleksia. apa masalah bahasa dan komunikasi yang mereka hadapi.
MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI DISLEKSIA
DEFINISI Bahasa Pat Heaton dan Patrikck Winterson (1996) - adalah ekspresi dari sifat keunikan manusia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana makhluk. Eric Lenneberg, (1967) - adalah daya yang berfungsi secara semula jadi sama ada dalam bentuk tingkah laku bahasa meskipun belum ada perkembangan bertutur. ASHA Committee on Language, (1982 ) - Bahasa adalah sistem simbol yang dikawal oleh peraturan yang kompleks di mana ia digunakan untuk berkomunikasi mengikut budaya masing-masing.
Komunikasi berasal dari perkataan ‘Latin’ iaitu “Communiatus” yang membawa maksud berkongsi sesuatu. Owens (2001) - komunikasi adalah suatu proses penukaran idea, informasi, keperluan dan kehendak Lue (2001) - komunikasi merupakan pertukaran informasi dan pengetahuan di kalangan penutur di mana ia merupakan keperluan asas manusia.
Disleksia Berasal dari perkataan Greek - dys ~> sukar - lexis ~> perkataan - maksud ~> kesukaran terhadap perkataan. Bureau on Learning Difficulties (BOLD) - kesukaran pembelajaran spesifik yang berbeza daripada kelewatan yang menyeluruh. Pollock & Waller (1994) - kesukaran membaca, mengeja, menyebut, menulis perkataan dan menggabungkan perkataan dengan maknanya. Jabatan Pendidikan khas (2004) - masalah pembelajaran spesifik disleksia.
Kenali Disleksia ~> Kesukaran pembelajaran yang mempengaruhi pembacaan, penulisan dan penumpuan sehingga membuatkan golongan ini sukar untuk belajar semudah orang lain. ~> JPK (2004) – murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. ~> Tiada rawatan khas – tetapi terdapat cara untuk mengurangkan masalah spesifik tersebut. ~> Lerner (1987) berpendapat disleksia masih boleh dirawat dengan menggunakan kaedah belajar membaca. ~> Disleksia perlu dikenal pasti seawal yang mungkin kerana kesukaran yang dialami akan menimbulkan rintangan praktikal dan emosi yang sukar diatasi.
Ciri-ciri disleksia Masalah Fizikal/Pengurusan Diri/Sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor. Mengenakan butang baju bukan pada kedudukan yang betul. Tali kasut tidak diikat dengan betul. Kidal Kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan sebagai pemalas/bodoh. Tumpuan perhatian singkat. Keliru di antara depan – belakang; kiri – kanan; atas – bawah. Lemah pengamatan dari segi pendengaran, penglihatan, dan mengingat kembali. Tiada masalah berkomunikasi tetapi lambat dalam tindakan berlisan.
Masalah dalam pembelajaran Lemah dalam bacaan iaitu sukar untuk memahami dan menggunakan teks bacaan. Lemah dalam menyelesaikan masalah dalam matematik tetapi mungkin pantas dalam matematik lisan atau congak. Suka menggigit jari, pen dan adakalanya merenung buku seolah-olah tidak faham sewaktu membuat kerja bertulis. Bahasa lisan lebih baik daripada penulisan. Tulisan Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual. Daya tumpuan yang terhad. Tahu pada suatu ketika tetapi lupa pada hari berikutnya.
Masalah dalam bahasa Kesukaran belajar bahasa Kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan. Lemah dalam menyusun isi. Kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya. Tidak tepat dalam bacaan. Ketidaklancaran ketika membaca bahan bercetak.
Masalah semasa membaca a. Berpura-pura membaca buku dengan berpandukan gambar yang dilihat atau mereka-reka cerita. Teragak-agak apabila disuruh membaca Menunjukkan teks bacaan dengan jari semasa membaca. Pembalikan perkataan – batu ~> tuba, gula ~> lagu Keliru dengan kedudukan perkataan – makan ~> makna. Kependekan perkataan/ menggugurkan huruf – bunga ~> buna Pembalikan – bapa ~> pada. Penambahan huruf pada perkataan – bulan ~> bulang Pembalikan perkataan dalam ayat - jika masa yang sama ~> jika sama yang masa. Pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan - baik ~> baki. Keliru dengan abjad-abjad berikut: m ~> w, n y ~> j , g u ~> n h ~> n b ~> d p ~> q c ~> e
Masalah Penulisan Amat buruk sehingga tidak boleh dibaca. Tidak suka menulis Menekan sewaktu menulis Kerap menggunakan pemadam Tidak menggunakan huruf besar di permulaan ayat Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat. Kesukaran melakukan peniruan – penyalinan tulisan di papan tulis/buku. Tidak boleh menumpu kepada sesuatu tulisan dengan lama – mata mudah penat.
Kategori Disleksia Disprasia. ~> masalah yang signifikan dari aspek perkembangan motor. Ia berkaitan dengan masalah bahasa, persepsi dan pemikiran (The Dyspraxia Foundation, 2000) ~> masalah motor yang melibatkan kecacatan atau ketidakmatangan dalam pengelolaan pergerakan. ~> kanak-kanak disprasia tahu apa yang ingin dilakukan tetapi menghadapi masalah melaksanakan aktiviti tersebut.
kadar berlakunya disprasia : * 10% dari populasi dengan 2% pada tahap serius (1dlm setiap 30 orang murid) * Lelaki- 4 x lebih daripada perempuan * kemungkinan/ sering kali simtom ini bertindihan dengan kondis lain. ~> Punca disprasia : * Prenatal – genetik, pemakanan ibu semasa mengandung, ketidakseimbangan hormon, ketagihan arak, jangkitan penyakit – rubella,HIV, begok. * Perinatal – iskemia kepada bayi, trauma semasa dilahirkan, lahir melalui pembedahan. * Postnatal - kekurang zat, kelambatan dalam proses myelination bagi axon.
Ciri-ciri disprasia. merancang pergerakan dan kesedaran pada ruang sekeliling. Persepsi – sukar untuk menilai ketinggian dan jarak. Mengkoordinasikan bahagian badan yang berlainan. Literaliti – masalah pergerakan dari sisi kanan ke sisi kiri. Kerja tangan – motor tangan Tulisan tangan – susah menulis. Bahasa – sukar menyebut perkataan dan gagap Konsentrasi – ambil masa yang lama. Ingatan – jangka pendek dan jangka panjang Organisasi dan pemikiran – kelam kabut, tidak peka, lewat, sukar mengatur kerja. Respon kepada stimulasi luar – terlebih atau terkurang sensitif kepada bunyi, sentuhan, cahaya dan deria rasa.
Disgrafia. ~> kesukaran menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan dan graf, yang merujuk kepada tulisan yang buruk. ~> Ini menyebabkan pelajar menghadapi masalah penulisan kerana tidak boleh menterjemahkan pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. ~> Punca - demam panas, kelahiran pramatang.
Ciri-ciri individu disgrafia Tidak konsisten dalam pembentukan tulisan. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih bercampur. Ukuran dan bentuk huruf yang tidak sama. Memegang alat tulis terlalu dekat dengan kertas dan menekan pada kertas. Bercakp-cakap ketika sedang menulis. Agak sukar menulis walaupun hanya menyalin. Menulis secara terbalik (p,q,b,d). Masalah menyusun, mengatur dan memproses maklumat. Ejaan salah – (tutup – tutub , sabtu – saptu)
Hiperleksia ~> mempunyai corak yang iaitu menghadapi masalah dalam membaca, bahasa dan interaksi sosial. ~> kebanyakannya dapat mempelajari visual (simbol dan nombor) dengan lebih baik tetapi bermasalah dalam interaksi sosial. ~> sindrom kanak-kanak yang dapat menginterpretsai bahasa bertulis pada awalnya tetapi tidak faham maknanya. ~> mempunyai masalah komunikasi dan sosial. ~> terbahagi dua iaitu * masalah bahsa – mempunyai masalah ekpresi bahasa kerana tidak faham kebanyakan perkataan * masalah ruang visual pembelajaran – nampak seperti normal tetapi mempunyai masalah dalam menginterpretasi bahsa dan ekspresi apa yang mereka dengar atau lihat.
Ciri-ciri individu hiperleksia. Phylis Kupperman, Sally Bligh dan Khathy Barouski (2007) * mempelajari bahasa menggunakan cara yang tertentu, tanpa memahami dan mengetahui maksud struktur ayat. * jarang memulakan perbualan * Berkemahuan untuk mengekalkan sesuatu yang menjadi rutin dan sukar terima perubahan yang telah menjadi amalan. * Pendengaran, deria bau dan sentuh yang sensitif. * Tingkah laku merangsang kendiri. * Ketakutan yang luarbiasa * Perkembangan yang normal hingga 12 – 24 bulan, kemudian terbantut. * Ingatan yang kuat dari segi penglihatan dan pendengaran. * Mempunyai sistem visual dan auditori yang baik. * Sukar menjawab soalan-soalan pertanyaan. * Sukar faham konsep abstrak – hanya berfikir secara konkrit. * Hampir pekak dan dengar perkara yang tertentu sahaja.
Jenis-jenis Disleksia dari aspek bacaan. 1. Disleksia visual ~> merujuk kepada individu yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membuat perbezaan, interpretasi atau mengingat perkataan yang dilihat. ~> tahap terjejasnya bacaan tergantu pada masalah yang dihadapi. ~> Menurut Lerner - adalah kepayahan seseorang khususnya dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan, serta mengecam angka, nombor, bentuk, geometri dan gambar.
Ciri-ciri individu disleksia visual Kepayahan diskriminasi visual iaiatu keliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama (bas – pas; jam – jem) Kadar pengamatan yang lambat. Cenderung menggunakan suku kata terbalik (batu – tuba) Mutu tulisan yang rendah kerana meninggalkan banyak butiran penting pada benda-benda biasa Kesukaran membuat analisis dan sintaksis visual pada kerja melibatkan bahagian tertentu dengan keseluruhan objek. Daya kebolehan dalam aktiviti auditori sangat tinggi. Lebih mengutamakan aktiviti auditori bagi menyembunyikan kekurangan yang berkait dengan pandangan. Tidak berminat dengan permainan sukan yang mencabar.
Disleksia Auditori ~> bermaksud keupayaan mengesan atau mengenal pasti apa yang di dengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. ~> melihat persamaan antara perkataan dan bermasalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi auditori. ~> gagal membezakan bunyi, mengenal pasti bunyi dalam perkataan, mengadun bunyi untuk jadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam suku kata.
Ciri- ciri individu disleksia Auditori Kecelaruan pengamatan dan diskriminasi auditori menyebabkan sukar belajar menggunakan kaedah fonetik. Ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi. Tidak dapat membunyikan semula dan mengingati huruf dalam perkataan serta tidak boleh menyebut perkataan bermakna. Kesukaran memahami bunyi berurutan dan mengubah urutan huruf semasa menulis. Lebih cenderung memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran visual.
Disleksia Visual-Auditori (Tactile dan Kinestetik) ~> melibat kedua-dua sistem yang penting untuk mendapat maklumat. ~> Tactile – keupayaan melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan dia rasa melalui sentuhan. ~> Koordinasi mata- tangan – gerak kerja dengan menggunakan pergerakan badan dan otot.
Ciri-ciri individu Visual-Auditori. Kesukaran dalam menyusun urutan, mengimbas, persepsi masa dan ruang. Lemah penggunaan koordinasia mata – tangan. Apa yang dilihat tidak dapat diaplikasi kepada tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan.
Mekanisme kesalahan bacaan individu disleksia. Levinson 1994 pemindahan penyisipan penggantian Ted took that pengguguran pengguguran The cat jumped over the moon agakan/suka-suka man That jump no pemeluwapan noon pembalikan pengguguran
~> Bantu pelajar disleksia Bantu perkembangan bahasa - memperluaskan bentuk maklumat - memperbanyakkan tatabahasa - memantapkan kemahiran mendengar dan bertutur - menggalakkan pembinaan bahasa melalui aktiviti bertutur, mendengar dan mengambil bahagian. kemahiran menjawab soalan berbentuk akademik. Terapi bahasa dan pertuturan yang intensif. Beri peluang berinteraksi-kemahiran sosial
Kaedah The Orton Gilingham Mutlisensory Method. ~> Apa yang diajar? Membunyikan fonem – bunyi huruf, dengan bunyi huruf dan sebut ( a b s, m, r t, dsb ) kemudian membunyi suku kata ( bu bu, a bu, ka ki) bina perkataan dan baca ( abu buka buku, abu baca buku ) (sa bun ru mah). Bina perkataan yang mempunyai tiga suku kata. (se ko lah) ( se pa tu) (se pu luh) Bina perkataan yang mengandungi imbuhan seperti (ber jalan ) (mem beri) (me laku kan) ( ke jaya an ) ~> Bagaimana mengajar? Ajar gunakan semua pancaindera. Latih tubi yang mencukupi Pengajaran secara terus dan jelas. Pengajaran secara sistematik dan kumulatif Menggunakan penggabungan bunyi menjadi suku kata dan suku kata menjadi perkataan. Analisis perkataan kepada suku kata dan huruf (cerakinan)
Khamis, 17 Februari 2011
Salman Al Farisi, Pemuda Pencari Kebenaran 1
Marilah kita simak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya.
Kata Salman, “Saya pemuda Persia, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapak saya Kepala Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Saya adalah makhluk yang paling disayangi ayah sejak saya lahir. Kesayangan beliau semakin bertambah besar sejalan dengan pertumbuhan diri saya, sehingga kerana teramat sa yangnya, saya dipingitnya di rumah seperti anak gadis.
Saya membaktikan diri dalam agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsa saya). Saya diangkat menjadi penjaga api yang kami sembah, dengan tugas menjaga api itu supaya menyala siang malam dan agar jangan padam walau pun agak sejenak.
Ayahku memiliki perkebunan yang luas, dengan penghasilan yang besar pula. Kerana itu beliau mukim di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapak pulang ke desa untuk suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, “Hai anakku! Bapak sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus perkebunan kita hari ini menggantikan Bapak’’
Aku pergi ke perkebunan kami. Dalam perjalanan ke sana aku melewati sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sermbahyang. Suara itu sangat me narik perhatianku.
Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapak di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapa saja. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku masuk ke gereja itu untuk mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Setelah kuperhatikan, aku kagum dengan cara sembahyang mereka dan ingin masuk agamanya.
Kataku, “Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami. “Aku tidak beranjak dari gereja itu sampai petang. Sehingga aku tidak jadi pergi ke perkebunan.
Aku bertanya kepada mereka, “Dari mana asal agama ini?”
“Dari Syam (Syria),” jawab mereka.
Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapak menanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.
Jawabku, “Wahai, Bapak! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku senantiasa berada di gereja mereka sampai petang.”
Bapak memperingatkanku akan perubatanku itu. Katanya, “Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!”
Jawabku, “Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita.”
Bapak kuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anut. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.
Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka, bila ada kafilah yang hendak pergi ke Syam supaya memberi tahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku. Maka kuputus rantai yang membelenggu kakiku sehingga aku bebas. Lalu aku pergi bersama-sama kafilah itu ke Syam.
Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, “Siapa kepala agama Nasrani di sini?”
“Uskup yang menjaga “jawab mereka.
Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, “Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan Anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama Anda.”
‘Masuklah!” kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.
Belum begitu lama aku membaktikan diri kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama’ahnya bersedekah dan mendorong ummatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul tangan Uskup, disimpannya saja dalam perbendaharaannya tidak dibagi-bagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah menumpuk sebanyak tujuh peti emas. Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang memperkaya diri sendiri itu. Tidak lama kemudian iapun meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak mengu burkannya.
Aku berkata kepada mereka, ‘Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin.”
Tanya mereka, “Bagaimana kamu tahu demikian?” Jawabku, “Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya.”
Kata mereka, “Ya, tunjukkanlah kepada kami!”