Apa itu Disleksia?
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal
Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran
Membaca
Menulis
Memahami
Mengeja
Mengira
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Sukar menulis nama sendiri
Payah mengenal bentuk atau warna
Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
15 dengan 51
“was” menjadi “saw”
‘b’ dengan ‘d’‘
Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin dialaminya
Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
Gangguan emosi (seperti kemurungan)
Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
Terapi pertuturan
Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
Merasa pergerakan bibir
Menulis huruf atau perkataan
Langkah-langkah pemulihan :
Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
Gunakan video atau kaset untuk belajar
Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Kumpulan sokongan
Persatuan Dyslexia Malaysia
No 6, Persiaran Kuantan
Setapak
53200 Kuala Lumpur
Telefon / Fax : 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my
Prospect Rainbow Center
1D Jalan Pantai Molek,
Penang.
Tel: 04 - 8900870
Tiada ulasan:
Catat Ulasan