“Masa yang berlalu mustahil untuk diulang kembali. Aku juga merasa sangat gembira berada di sini, aku dapat bergaul dengan rakan senegara dari Sabah dan Sarawak.”- Amalina Binti Mohd Nawawi
“Saya menyedari kesilapan saya telah menyusahkan orang lain. Saya berazam untuk menjadi lebih teliti di masa hadapan agar kesilapan saya tak menyusahkan orang lain”- Amir Asraf Bin Abu
“Saya berharap kawan saya dapat berkerjasama dengan saya dan berada dalam keadaan sihat sejahtera selama 5 ½ tahun ini serta mendapat maaf daripada abang-abang dan kakak-kakak senior serta kawan-kawan saya jika menyinggung perasaan sesiapa dan cuba mengubah sikap saya yang buruk ini”- Clement Wong
“Semua maklumat yang disampaikan amtlah berguna bagi saya. Saya juga dapat mendisiplinkan lagi diri saya sempena minggu pengurusan ini kerana fasilitator-fasilitatornya yang sangat tegas”- Izuwan Nasri bin Che Ibrahim
“Saya berasa begitu bertuah kerana dapat memasuki IPGMKBL. Sesi orientasi yang dijalankan telah memberikan saya semangat yang baru serta pengalaman yang baru yang dapat saya gunakan sepanjang tempoh 5 ½ tahun saya di institut ini”- Jacobraj A/L Subramaniam@Solomon
“Saya juga berharap saya dapat lebih mengenali pensyarah, senior dan rakan-rakan saya. Tidak lupa juga saya berharap dapat keputusan yang cemerlang dari segi akademik dan aktif dalam sukan dan permainan.”- Kattrychia Sipawa
“Apabila minggu pengurusan berakhir saya berasa amat lega kerana rasmi menjadi guru pelatih. Saya berazam untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari semua aspek termasuklah akademik, sukan dan rohaniah. InsyaAllah”- Mohd Sharif Bin Taip
“Budaya IPBL, budaya bertegur sapa. Bagi saya inilah uniknya IPBL dan saya bersyukur kerana dapat berada di sini…Bagi saya senior-senior di sini baik dan mudah berkawan”- Muhammad Faisal B Muhamad Fauzi
“Perjumpaan dengan abang-abang dan kakak-kakak senior amat-amatlah saya tunggu kerana saya ingin menanyakan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak senior selama belajar di sini. Saya amat berharap abang dan kakak senior dapat membantu saya dalam menjalankan tanggungjawab saya selama berada di sini.”- Muhamad Syafiq Bin Ahmad Kasman
“Rasa hiba di dada apabila melihat klip video yang memaparkan ibubapa datang bersama-sama anak untuk pendaftaran dan dihantar ke kolej kediaman.”- Nora Hafizah Bt Suhaili
“Saya merasa begitu teruja untuk meneruskan kehidupan selama 5 tahun di IPGMKBL. Diharapkan kakak-kakak dan abang-abang senior dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kami berada di sini”- Nor Azeera Bt Azman
“Saya dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat, silaturrahim di antara kami menjadi semakin erat. Aktiviti-aktiviti yang dirangka sepanjang slot LDK amat menyeronokkan dan tidak membosankan. Saya dan rakan-rakan yang lain berasa sungguh terhibur.”- Nur Farahiyah Bt Mat Ghani
“Tanpa mengenali sesiapapun kecuali kedua orang tuaku, aku mmeberanikan diri untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru tanpa mengira bangsa dan juga usia.”- Norizatul Aini Abdullah
“Saya berharap dapat menyesuaikan diri sepanjang lima tahun setengah di IPGMKBL dan berpegang teguh untuk mencapai visi dan misi IPGMKBL iaitu institute pendidika guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi kebangsaan”- Nornissa Binti Merjuki
“MPPB banyak memberikan kami panduan dan pengetahuan terhadap kehidupan dan budaya di IPGMKBL. Kami harus mengamalkan budaya tersebut bagi menghadap kehidupan di sini selama lima tahun setengah dengan penuh bersemangat dan bermakna.”- Nurul Afiqah Binti Zainudin
“Perkara yang paling mengembirakan ketika berada di sini sememangnya adalah dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan baru dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Malah aku juga dapat berkenalan dengan kakak-kakak dan abang-abang yang lebih tua dari kami”- Siti Mirani Bt Che Rahim
“Melalui taklimat-taklimat yang disampaikan kami dapat banyak maklumat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian di Kampus Batu Lintang.”- Siti Norsaedah Binti Che Mansor
“Setiap insan di muka bumi ini senantiasa mendapat ujian dan cabaran daripada Tuhan Yang Maha Kuasa. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menangani masalah-masalah yang ada dengan ketabahan, keberanian, tanggungjawab, kreativiti dan sebagainya.”- Subang Anak Steven
“MPPB telah membantu saya menjadi lebih cekal dan tabah dalam menyempurnakan semua tugasan dan amanah yang diberi. Saya berharap dengan adanya pengalaman yang sangat berharga ini, saya dapat menjadi lebih matang dalam profesion keguruan saya di masa akan datang.”- Tang Chu Ching