Minggu lepas senior-senior PEM telah memberikan 3 tugasan kepada junior PEM. Tugasan pertama adalah kata-kata junior kepada senior. Senior-senior PEM telah pun membaca kata-kata yang ditulis oleh junior berkenaan. Majoriti junior mengharapkan tunjuk ajar daripada para senior… Buat adik-adik junior, jangan risau jangan bimbang. Kami senior-senior anda memang murah hati untuk memberikan tunjuk ajar. Tugasan kedua pula adalah mencari 10 daripada 13 senior yang menjadi urus setia MPPB Julai 09. Namun tugasan tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh kerana salah maklumat yang disampaikan. Namun demikian, kami pihak senior memahami situasi junior-junior sekalian. Oleh itu, tugasan terakhir buat junior adalah Karangan 5 Hari Saya Di IPGMKBL. Tugasan ketiga ini adalah untuk memudahkan sesi perkenalan antara senior dan junior. Untuk pengetahuan junior, kesemua tugasan yang diberikan bukanlah bertujuan menyusahkan anda namun ianya adalah untuk melihat sejauh mana usaha gigih dan ketabahan serta kesabaran anda (Junior). Kami para senior telah alami apa yang anda telah, sedang dan akan alami kelak. Sekiranya ada masalah, tidak kira masalah akademik mahupun Gerko, datanglah kepada kami senior-senior anda. Kami sedia membantu adik-adik junior sekalian. 2 tahun lamanya kami menjadi anak tunggal Pemulihan di IPGMKBL ini. Jadi apabila telah dianugerahkan adik-adik junior sekalian, mengapa pula kami harus persiakan peluang yang ada. Tidaklah kami Geng Pemulihan ini sunyi sepi. Selalunya kalau orang sebut pemulihan, kami Geng Pem inilah dipandang orang sebagai “BUDAK PEMULIHAN”.
Amanat dari kami buat adik-adik junior, jangan duduk senyap seperti budak pemulihan, tetapi duduklah dengan minda dan semangat ingin menuntut ilmu dan ringankan mulut untuk berkomunikasi dengan pensyarah di kelas. Jangan Senyap kerana KITA bukan BUDAK PEMULIHAN. Kita adalah GURU PEMULIHAN. Okay?? Ahkir kalam, Wasalam… Adios!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan