Makan-Makan...
Inilah junior yang melengkapkan Konsep 1 Malaysia... Yg perempuan tu bumiputera...
Ni plak junior lelaki
Yang ni senior pem...
Ni Pensyarah Pemulihan.. memotong Kek sebagai tanda meraikan ulang tahun kami...
Ni la suasana yang kitorang pilih... Suasana santai...
Sesi makan-makan bermula... Hahah...
Kalau korang nak tau jugak… Majlis kitorang bukan sahaja diisi dengan sesi suai kenal tapi juga diisi dengan kata-kata amanat daripada Pensyarah Pemulihan IPGMKBL iaitu Encik Yusop Malie. Kemudian kitorang potong kek dan makan. Dah kenyang baru la kitorang berkenal-kenalan… Heheh…
Kalau korang nak tau lagi… Ada banyak perbezaan antara Batch Junior dan Senior. Tapi kitorang tak lihat perbezaan itu sebagai suatu yang negatif… Kitorang lihat perbezaan itu sebagai keunikan tersendiri… Nak tau tak apa keunikannya?
Kita lihat dulu UNIKnya Junior…
Uniknya Junior dari segi merealisaikan konsep 1 MALAYSIA... Apa tidaknya… Dalam Batch Junior terdiri daripada pelajar Melayu Sarawak, Melayu Semenanjung, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak… Dan uniknya junior kerana asal usul mereka adalah dari seluruh Malaysia… Ada dari Semenanjung, ada dari Sabah dan ada dari Sarawak… Itulah uniknya Junior..
Kita lihat pula Senior…
Senior tak ler unik sangat… Yang uniknya Senior adalah kesemua pelajarnya berasal dari Sarawak… Haha… Itu jer uniknya…
Kalau korang nak tau lebih lanjut… Pada sesi suai kenal tu jugak… Kitorang adakan pemilihan Abang dan Kakak angkat… Jadi kalau adik-adik junior ada masalah, bolehlah merujuk kepada Abang dan Kakak angkat masing-masing… Lepas habis jer pemilihan Abang dan Kakak angkat, kitorang mendengar sedikit kata-kata nasihat daripada pensyarah Pemulihan… Then kitorang balik or bersurai sebab lepas tu ada kelas lagi sebenarnya.. Heheh… Ok la.. Itu jer yang kitorang dapat kongsikan buat semua… Lain Aktiviti kitorang update lagi… k.. Adios… Salam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan